“SELAMAT DATANG KE FAMIHA HOMESTAY TANAH MERAH”
Famiha Homestay Tanah Merah Kelantan, sebuah rumah banglo 1 tingkat menyediakan 3 bilik tidur, dapur dan ruang tamu yang luas, pastinya akan menjanjikan keselesaan penginapan percutian anda. Tempahan boleh dibuat melalui sms/call 013-9804332 (Nordin). Tempahan awal dapat mengelakkan kesulitan anda mencari tempat penginapan terutama pada musim cuti.
Alamat : Lot 4335, Perumahan Hjh Wan Esah, Kg. Bechah Peleting Hilir, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Guest House Tanah Merah
Lokasi :
Berhampiran dengan Pantai Timur Shopping Centre. Terletak 1 km daripada pusat bandar Tanah Merah. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke Pantai Timur Shopping Centre dan 5 minit memandu ke pusat bandar Tanah Merah. Destinasi yang berhampiran dengan Famiha Homestay adalah seperti Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kampus sementara Politeknik Jeli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Sila semak peta lokasi Famiha Homestay dan juga tempat-tempat yang telah ditandakan bagi membantu pengunjung semasa berada disini dengan menggunakan maplandia.com disebelah. Pilih map untuk melihat peta lokasi atau satelliteuntuk melihat imej dari setellite. GPS Koordinat adalah : 5° 48′ 30″ North, 102° 7′ 50″ East
Kemudahan : Ruang keluarga yang luas dan selesa. Bilik tidur utama (Bilik 1) dan bilik tidur 2 (Bilik 2) lengkap berhawa dingin dan berkipas angin, katil berkembar dan almari. Bilik 3 dilengkapi dengan kipas angin, katil berkembar dan almari. 1 bilik mandi di dalam bilik utama dan 1 bilik mandi di luar bilik. Kemudahan TV biasa dan ASTRO disediakan. Juga disediakan Sofa, meja makan, peti ais, mesin basuh, pinggan mangkuk, periuk nasi letrik, dapur gas dan tempat ampaian kain basuhan. Halaman rumah boleh di masuki sekurang-kurangnya 4 buah kereta.
Kadar Sewaan Harian : Kadar sewa adalah diantara RM90 sehingga RM160. Sila rujuk kepada http://famiha.blogspot.com/ untuk mendapat maklumat lengkap. Blog ini masih dalam pembinaan.
Siapa yang perlu menginap? : Sesuai untuk percutian keluarga, menziarahi sanak saudara, menghadiri kenduri perkahwinan atau pertunangan, menghantar anak ke institusi pengajian yang berhampiran, pegawai yang menjalankan tugas luar pejabat di Kelantan dan sesiapa saja yang menjadi tetamu Negeri Kelantan Darul Naim.
Peringatan !!1. Pasangan suami isteri di minta membawa bersama Surat/Sijil Nikah. Anda mungkin tidak dibenarkan menginap jika gagal menunjukkan surat nikah dan menimbulkan sebarang keraguan terutama yang belum mempunyai anak. Deposit anda akan dikembalikan. Kami tidak mahu bersubahat dalam perlakuan maksiat dan dosa.!!2. Penginapan kami untuk yang beragama islam sahaja.Untuk tempahan dan keterangan lanjut, sms/telefon :- Nordin (013-9804332) Email : njhaizan@gmail.com
Bagaimana Membuat Tempahan
1. Semak kekosongan (availability) dengan cara sms/call ke nombor 013-9804332 atau email kepada njhaizan@gmail.com
2. Maklumkan samada sewa Rumah / Bilik beserta tarikh Masuk (Check-in selepas pukul 1.00 tengahari) dan Keluar(Check-out sebelum pukul 12.00 tengahari)
3. Buat pembayaran deposit sekurang-kurangnya RM20. Sila ambil perhatian bahawa Booking/Reservation untuk tuan/puan hanya SAH apabila deposit diterima. 4. Pembatalan tempahan mestilah sekurang-kurangnya 7 hari daripada tarikh tempahan, maka deposit akan dikembalikan sepenuhnya.
5. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun berikut : – Maybank : 163019315180 atas nama Nordin Jusoh – CIMB : 14180001772204 atas nama Nordin Jusoh – Bank Islam : 14180020033842 atas nama Nordin Jusoh
6. SMS atau email No Rujukan pembayaran untuk tindakan pihak kami seterusnya.
7. Bayaran selebihnya mestilah dibayar secara TUNAI semasa menerima kunci daripada pihak kami atau dibayar secara penuh sebelum berkunjung melalui akaun diatas.
PETA LOKASI FAMIHA HOMESTAY TANAH MERAH
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas lokasi Famiha Homestay Tanah Merah, sila rujuk kepada Blog http://famiha.blogspot.com/
Berikut adalah peta lokasi Famiha Homestay yang di ringkaskan. Sila klik pada peta dibawah untuk dapatkan peta yang lebih jelas. Sila cetak dan bawa bersama sebagai panduan. 
Sebarang masalah, hubungi saya.